Saya menyarankan agar semua agen baru yang berdaftar dibawah kumpulan ini iaitu dibawah Walisari Team dapat membaca Manual/Panduan yang diberikan supaya anda lebih memahami bagaimana setiap urusniaga dilakukan.

ADALAH PENTING untuk anda memahami bagaimana hendak menyusun downline dibawah anda, supaya anda mampu mendapat pulangan pendapatan yang semaksima mungkin. Kesilapan menyusun downline mungkin menyebabkan anda gagal memperolehi pendapatan yang sepatutnya anda mahukan.

Ada agen yang mempunyai downline sehingga 100 orang dibawahnya, tetapi mendapat pulangan bonus mingguan sekitar RM60-RM70 sahaja seminggu. Manakala ada agen lain pula yang mempunyai sama banyak downline tetapi mendapat pulangan bonus mingguan sekitar RM200-RM300 seminggu. Bagaimana boleh terjadi begini ? Berbalik kepada persoalan kita, anda hendaklah benar-benar memahami Marketing Plan MyMode. Sekiranya anda faham, maka anda akan ketahui kenapa pendapatan mingguan itu berbeza.

Sebelum anda mula menyusun downline, anda haruslah terlebih dahulu memahami senarai pangkat/ranking yang terdapat didalam perniagaan MyMode ini. Sila rujuk rajah senarai pangkat/rangking dibawah :-

Sekiranya anda mempunyai 100 orang dowline, semuanya anda daftarkan sebagai direct downline, maka anda akan kekal sebagai Chief Mobile (CM). Secara tidak langsung, bonus mingguan yang anda akan terima pada setiap minggu hanyalah dari Bonus Tajaan dan Bonus Overiding sahaja.

Apa yang perlu anda buat untuk naik ke pangkat seterusnya ? Jawapannya mudah, anda lihat rajah diatas. Selepas ranking Chief Mobile (CM) adalah ranking Junior Chief Mobile (JCM) dan kelayakan untuk mendapat pangkat itu ialah bila mana ada 1 (satu) downline dibawah anda menjadi Chief Mobile (CM).

Begitu juga untuk lompat ke ranking yang seterusnya, syarat kelayakan anda boleh lihat didalam rajah diatas. Untuk menjadi Star Chief Mobile (Star CM), anda harus mempunyai 8 downline yang sudah menjadi CM.

Ini beerti, untuk cepat naik ke ranking diatas, anda harus memastikan yang direct downline anda 8 orang itu juga menjadi CM…CM tu bila mana mereka juga mempunyai 8 orang downline dibawah setiap mereka. Jadi tak ada ruginya kalau anda cari downline baru dan bantu downline anda supaya mereka juga menjadi CM. Itulah kelebihannya sistem Plan Pemasaran MyMode

Sebelum anda mencapai 8 orang direct downline iaitu ketika sewaktu anda mempunyai 6 orang downline, anda haruslah upgrade ke satu lagi ranking yang dipanggil MP atau Mobile Prenuer. Untuk upgrade, anda harus hantar SMS ke Gateway dengan menaip seperti berikut dan 30MyP akan dipotong :-

NOPIN<>up

contoh : 1234 up

Anda tidak perlu merasa rugi dengan pemotongan 30MyP itu kerana selepas ini setiap pendaftaran agen baru di downline level 3 anda akan memperolehi RM9.00 setiap seorang sehinggalah mereka juga mencapai tahap MP. Sekiranya mereka mencapai MP, maka bonus tajaan anda akan menjadi RM1.33 dan mereka pula akan menerima RM9.00 seorang bagi setiap tajaan dibawah mereka.